Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 12

PERASAAN

Entri ini akan menjadi penghujung dari semua entri saya dalam Pertandingan Blog 2010 ini.
Sekarang, saya mengetahui lebih banyak tentang budaya Melayu. Betapa indah budaya Melayu ini. Walaupun saya hanya membahas tentang makanan namun saya juga belajar banyak tentang budaya Melayu kerana rakan-rakan di kelas Melayu saya membuat beragam budaya. Saya sekarang mengetahui cara-cara memasak beberapa makanan tradisional Melayu, semoga ketika saya pulang ketanah air, Indonesia saya juga dapat berkongsi pengetahuan saya dengan rakan-rakan serta keluarga. Saya juga ingin terus melanjutkan pencaharian saya tentang budaya-budaya Melayu bukan hanya tentang makanan tentunya.

Semoga kalian semua yang membaca blog saya tidak hanya terhibur namun juga dapat memetik pelajaran-pelajaran nya

TERIMA KASIH

Tuesday, July 27, 2010

Galeri Pusaka

Budaya nenek moyang?

Semalam, cikgu menyuruh kami membaca sebuah artikel yang terdapat do buku teks bahasa Maleyu kami. Artikel itu bertajuk Galeri Pusaka, menceritakan tentang tentang pakaian tradisional Melayu. Dimulai dari pakaian Cik Siti Wan Kembang dan baju Kebaya serta perhiasan-perhiasan yang biasa digunakan.

Pakaian Cik Siti Wan Kembang
Nama dari pakaian ini berasal dari nama Raja Peerempuan yang bernama Cik SIti Wan Kembang. Keunikan dari pakaian ini adalah, pakaian ini memerlukan tiga helai kain dan semua kain dibuat daripada tenunan songket. Perhiasan yang digunakan ialah: cucuk sanggul, dokoh, gelang, pending, dan keris

Pakaian Baju Kebaya
Baju Kebaya diakai oleh wanita Melayu dan Cina Peranakanan Baba. Selain itu, terdapat juga baju kebaya nyonya. Baju kebaya nyonya ada yang berpotongan pendekdan panjang dan dibelah dibahagian hadapannya. Biasanya pemakaiannya menggunakan tiga kerongsang yang digunakan untuk menyematkan baju. Baju kebaya dengan lengan yang panjang dan lebar serta hingga ke paras lutut merupakan baju kebaya asal labuh. Pemakainanya selalu membawa selendang yang disangkutkan kebahu.

Artikel ini amat menarik bukan? Ya. Sekarang saya pun dapat lebih mengerti akan jenis-jenis pakaian Melayu dan saya berharap pakaian-pakaian Melayu ini dapat kembali ke masyrakat dan semoga generasi muda tidak lupa akan pakaian tradisi ini.

Monday, July 26, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 11

KETUPAT

Seperti yang sudah saya janjikan, saya akan berkongsi tentang resipi kuah kacang dan beberapa masakan lain yang biasa dihidangkan bersama ketupat

Kuah Kacang
Bahan-bahan :
  • 300gm kacang tanah
  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Segenggam udang kering, direndam
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml
Cara- cara :
  • Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  • Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  • Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
  • dikacau sekali-sekala.
  • Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  • Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.

Rendang Ayam


Bahan- bahan :
  • 3/4 ekor ayam ( dipotong sederhana lebih kurang 7 ke 8 bahagian)
  • 1/2 buku lengkuas saiz kecil ( buleh digantikan dengan halia)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 batang serai ( 1 batang dikisar, 1 batang lagi dititik)
  • 7-10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
  • 1 tin santan segera ( 400ml)
  • sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap)
  • garam
  • 1 helai daun kunyit
  • ( kalau nak masukkan kerisik pun boleh juga, ros tak letak sebab kuantiti santan tu dah memadai)
Cara-cara :
  • Kisar halus cili padi, 1 batang serai, bawang besar, kunyit hidup dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali, biarkan seketika.
  • Selepas itu masukkan ayam dan 1 batang serai yang dititik, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan. Sesuaikan rasa, masukkan garam.
  • Masak sehinga ayam empuk dan kuah agak pekat serta pecah minyak, akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat.
Selamat Mencuba!

MyEm0.Com

Saturday, July 24, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 10

KETUPAT

Bukan hanya kerana keenakan dari ketupat ini,saya juga tertarik dengan bentuk Ketupat .Setelah melakukan pencaharian, saya menemukan bagaimana cara membuat bungkus ketupat tersebut. Marilah kita lihat dan saksikan bagaimana cara mereka membuat nya !


Setelah menyaksikan video tadi, kita sudah tahukan bagaimana cara membuat ketupat tersebut. Oleh kerana itu, dilain waktu kita sudah dapat membuat nya dirumah dan menikmatinya bersama keluarga.

Ketupat? Ketika mendengar nama makanan yang satu ini, membuat saya teringat denganHari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Namun, ketika Hari Raya tiba, ketupat terasa kurang lengkap tanpa kuah kacang untuk dimakan bersama rendang ataupun sate.

Saya ingin berkongsi dengan kalian resipi kuak kacang tersebut di entri saya berikutnya.


Friday, July 23, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 9

KETUPAT


Gambar-gambar diatas merupakan gambar ketupat yang saya dapat dari google. Saya sendiri sangat tertarik dengan makanan yang satu ini. Menurut saya hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk amatlah unik dan lain daripada yang lain. Ketupat terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara di Asia Tenggara.

Ada banyak jenis ketupat, dan dua yang paling umum adalah ketupat nasi dan ketupat pulut.Ketupat nasi dibuat daripada beras putih dan dibungkus dalam bentuk persegi dengan daun kelapa sementara pulut ketupat dibuat dari beras pulut yang biasanya dibungkus dalam bentuk segitiga dengan menggunakan daun palem kipas (Licuala).

Menurut cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi, ketupat dibuat untuk keperluan kelasi. Untuk mencegah nasi dari kebusukan selama perjalanan laut yang panjang. Daun kelapa selalu digunakan untuk membunkus nasi dalam bentuk persegi atau segitiga yang kemudian akan digantung diudara terbuka. Bentuk pakej memudahkan kelembapan menitik jatuh dari nasi sementara dan pada masa yang sama daun ini dapat mencegah lalat dan serangga.


Lihatlah, bukan hanya bentuk dari ketupat ini saja yang menarik. Namun, sejarah dari cara pembuatannya pun amat menarik. Oleh karena itu pada entri saya selanjutnya akan saya kongsikan lebih banyak tentang Ketupat.

Thursday, July 22, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 8

Tata Tertib Melayu
berkaitan dengan makanan

Dalam adat Melayu selain pantang larang terdapat pula adat dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adat dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

  1. Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah memakan sedikit hidangan yang disajikan itu.
  2. Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
  3. Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
  4. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda.
  5. Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
  6. Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
  7. Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
  8. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
  9. Jangan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
  10. Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
Diatas merupakan beberapa tata tertib adat Melayu yang berkenaan dengan makanan. Pantang larang (yang ada di entri saya sebelumnya) dan tata tertib ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 7

Pantang Larang ketika Makan

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Pada entri ini, saya akan menjelaskan beberapa pantang larang orang Melayu tradisional ketika makan dan kebanyakan pantang larang ini masi diturunkan hingga sekarang.
  1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
  2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
  3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
  4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
  5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
  6. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
  7. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
  8. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
  9. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
  10. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
  11. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
  12. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki

Lihatlah, berapa banyak pantang larang yang ada ini. Namun, harus kita percayai bahawa memang semua pantang larang ini memiliki tujuan-tujuan yang baik.