KETUPAT
Seperti yang sudah saya janjikan, saya akan berkongsi tentang resipi kuah kacang dan beberapa masakan lain yang biasa dihidangkan bersama ketupat
Kuah Kacang
Bahan-bahan :
- 300gm kacang tanah
- 6 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 15 tangkai cili kering, direndam
- Segenggam udang kering, direndam
- Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
- 2 sudu besar gula merah
- 5 sudu besar gula putih
- 1 susu besar garam
- Air anggaran 400ml - 500ml
Cara- cara :
- Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
- Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
- Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
- dikacau sekali-sekala.
- Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
- Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
Rendang Ayam
Bahan- bahan :
- 3/4 ekor ayam ( dipotong sederhana lebih kurang 7 ke 8 bahagian)
- 1/2 buku lengkuas saiz kecil ( buleh digantikan dengan halia)
- 1/2 biji bawang besar
- 2 batang serai ( 1 batang dikisar, 1 batang lagi dititik)
- 7-10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
- 1 tin santan segera ( 400ml)
- sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap)
- garam
- 1 helai daun kunyit
- ( kalau nak masukkan kerisik pun boleh juga, ros tak letak sebab kuantiti santan tu dah memadai)
- Kisar halus cili padi, 1 batang serai, bawang besar, kunyit hidup dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali, biarkan seketika.
- Selepas itu masukkan ayam dan 1 batang serai yang dititik, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan. Sesuaikan rasa, masukkan garam.
- Masak sehinga ayam empuk dan kuah agak pekat serta pecah minyak, akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat.
Selamat Mencuba!
terima kasih ira kerana berkongsi resepi... hari raya pun hampir tiba ... mungkin saat yang baik utk saya cuba resepi kamu ini.. hee hee- cikgu siti
ReplyDelete