Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - Entri 7

Pantang Larang ketika Makan

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Pada entri ini, saya akan menjelaskan beberapa pantang larang orang Melayu tradisional ketika makan dan kebanyakan pantang larang ini masi diturunkan hingga sekarang.
  1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
  2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
  3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
  4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
  5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
  6. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
  7. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
  8. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
  9. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
  10. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
  11. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
  12. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki

Lihatlah, berapa banyak pantang larang yang ada ini. Namun, harus kita percayai bahawa memang semua pantang larang ini memiliki tujuan-tujuan yang baik.


No comments:

Post a Comment