Tuesday, July 6, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010-Entri 2


Makanan Singapura


Saya baru sahaja datang ke Singapura, kurang lebih sebelas bulan yang lalu. Saya merasa sangat betah berada di sini. Sering banyak yang bertanya apa yang membuat saya betah, dan jawaban saya selalu sama: makanan Singapura.

Makanan di Singapura merupakan perpaduan antara makanan dari beberapa etnis dari agama berbeza, contohnya: Melayu, Cina, India, dan Eropa. Banyak makanan khas Singapura yang saya gemari, terutama makanan Melayu.



Makanan Melayu terasa cocok di lidah Indonesia saya. Beberapa makanan Melayu juga dapat saya jumpai di Indonesia, seperti sate, otah, rendang dan banyak lagi. Sering ada perdebatan tentang asal mula dari makanan-makanan ini. Tetapi menurut dari nama, rasa dan bahan-bahan yang digunakan, makanan ini terasa amat serupa.

Semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama. Sebagai kaum remaja, saya dapat melihat disekeliling saya bahawa rakan-rakan maupun saya sendiri lebih memilih makan makanan barat seperti burger dan ayam goreng yang ditawarkan di kedai makanan segera. Ini juga merupakan salah satu alasan saya dalam memilih topik makanan tradisional.

No comments:

Post a Comment