Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - ENTRI 4

Nasi Lemak




Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia. Biasanya nasi lemak dijual untuk sarapan, namun sekarang Nasi lemak disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada hidangan sejenis di Indonesia disebut nasi Uduk.

Nasi Uduk adalah gaya hidangan nasi kukus Indonesia yang berasal dari Jakarta, boleh dijumpai secara meluas di seluruh negeri. Nasi Uduk secara harfiah bererti campuran beras di Indonesia. Nama ini menggambarkan persiapan hidangan itu sendiri yang memerlukan bahan lebih dari memasak nasi biasa dan juga kelainan lauk tambahan.

Persamaan Nasi Lemak dan Nasi Uduk

Sama dengan Nasi Lemak, Nasi Uduk juga mengunakann santan yang kemudian akan kukus.

Perbezaan Nasi Lemak dan Nasi Uduk

Secara tradisional,Nasi Lemak datang dibungkus daun pisang, dengan hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus. Sedangkan Nasi Uduk, biasanya dihidangkan dengan emping (kerepek melinjo), empal, ayam goreng, dan bawang goreng ditabur di atas nasi.

Menurut pendapat saya, Nasi Lemak dan Nasi Uduk memiliki persamaan yang amat besar dengan perbezaan yang tipis. Kedua makanan ini amat cocok di lidah saya. Seperti yang saya pernah tuliskan di entri sebelumnya, makanan Melayu memiliki banyak persamaan dengan makanan Indonesia. Hanya saja kerana perbezaan bangsa. Kita memberikan nama yang berbeza.

- Nasi Lemak -

- Nasi Uduk -

No comments:

Post a Comment